Saturday, 14 July 2012

Nikmat Ke Desa

Mulakan pengalaman tulen hidup di kampung. Kedengaran bunyi ayam berkokok menyambut hari baru diwaktu subuh, nikmati udara segar yang nyaman dan bersedialah untuk mengalami saat-saat indah sepanjang lawatan anda di sini.
Kumpul sendiri telur dari reban ayam, belajar menoreh getah, nikmati air yang sejuk nyaman ketika mandi di sungai sebelum cuba memancing ikan atau menbuat kuih tradisional.
Pengalaman-pengalaman yang menanti anda di sini juga akan memberikan anda kefahaman mengenai asal-usul kampung serta kekayaan sejarahnya. Hargai industri-industri kecil daya usaha penduduk kampung yang rajin serta kehalusan barangan yang dihasilkan mereka.
Kagumi ketangkasan jari jemari Pak Adul penganyam tikar, juga lelaki dan wanita yang pakar menghasilkan kraftangan yang cantik-cantik belaka.
Jika anda gemarkan aktiviti luar, anda pasti suka berjalan mengikuti trek ke hutan hujan tebal berhampiran serta sungai jernih dan air terjun yang ada di situ.
Kemudian pulang ke perkampungan ini untuk menikmati urutan tradisional, lelaki mahupun wanita, bagi menghilangkan penat lelah.

Wednesday, 11 July 2012

Sunday, 6 May 2012

Kemudahan

Kami telah menyediakan kemudahan mengikut citarasa anda yang selesa,nyaman dan indah....

Antaranya :
  • Taman Permainan














  • Surau










  • Gelanggang Futsal











  • Perpustakaan Desa













  • Pusat ICT






Selamat Datang ke HOMESTAY PELEGONG INDAH

              Homestay Pelegong Indah terletak di Negeri Sembilan. Diantara Nilai dan Seremban. Homestay kami menyediakan pakej-pakej menarik yang boleh memberi pengalaman,keseronokan,kepuasan,keindahan dan bermacam-macam lagi. Di kampung kami terdapat Air Terjun semula jadi terletak di hujung kampung. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 15 minit jika menaiki motor atau kereta.
              Menjadi keinginan setiap insan yang mengimpikan seribu kenangan manis yang akan menjadi kenangan dalam hidup kita. Disini anda akan merasai pengalaman hidup bersama keluarga angkat dan mempelajari budaya hidup masyarakat kampung. Anda juga boleh mencuba merasai kehidupan yang sangat tenang kerana bebas dari kesesakan dan kebisingan kota. Anda boleh merehatkan minda dan melupakan seketika tekanan yang ada melalui pakej menarik yang disediakan juga harganya yang sangat berpatutan.                                    
              Tawaran istimewa telah disediakan untuk musim cuti sekolah akan datang. Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut sila tinggalkan komen anda. MOH JONGOK DESO!