Homestay Pelegong Indah terletak di Negeri Sembilan. Diantara Nilai dan Seremban. Homestay kami menyediakan pakej-pakej menarik yang boleh memberi pengalaman,keseronokan,kepuasan,keindahan dan bermacam-macam lagi. Di kampung kami terdapat Air Terjun semula jadi terletak di hujung kampung. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 15 minit jika menaiki motor atau kereta.
Menjadi keinginan setiap insan yang mengimpikan seribu kenangan manis yang akan menjadi kenangan dalam hidup kita. Disini anda akan merasai pengalaman hidup bersama keluarga angkat dan mempelajari budaya hidup masyarakat kampung. Anda juga boleh mencuba merasai kehidupan yang sangat tenang kerana bebas dari kesesakan dan kebisingan kota. Anda boleh merehatkan minda dan melupakan seketika tekanan yang ada melalui pakej menarik yang disediakan juga harganya yang sangat berpatutan.
Tawaran istimewa telah disediakan untuk musim cuti sekolah akan datang. Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut sila tinggalkan komen anda. MOH JONGOK DESO!
No comments:
Post a Comment